Info Terkini

Majlis Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum serta Majlis Konvokesyen Pra Sekolah 2011

              Pada 16 November 2011, SK Nanga skrang telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Kurikuluk dan Kokurikulum serta Majlis konvokesyen Prasekolah. Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Selain itu, pihak sekolah juga turut mengadakan majlis Konvokesyen Prasekolah yang diadakan pertama kali pada tahun ini.
             Majlis ini juga turut diselitkan dengan majlis persaraan tuan guru besar En tada anak Jilum dan pertukaran guru cikgu Dayang Adlizawati ke sekolah barunya di Kuching. Dalam Majlis ini juga turut dihiburkan oleh murid-murid yang membuat persembahan bagi menghiburkan para tertamu.
             Berikut adalah seba sedikit gambaran sepanjang majlis ini berjalan:-
 Ucapan alu-aluan daripada Tuan guru Besar
 Ucapan daripada YDP Romeneo (Pengerusi PIBG)
 Persembahan daripada Murid-murid
 Konvokesyen Prasekolah
 barisan murid Prasekolah bersama GB, guru kelas dan PPM Pra
 Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum
Piala Pusingan untuk pertandingan Bulan Bahasa
 Cederamata dari wakil Guru, Staf dan Pekerja Swasta untuk persaraan guru besar
Hadiah sumbangan daripa wakil murid untuk guru besar
 Sumbangan perhargaan daripada wakil PIBG untuk guru Dayang
 Perhargaan dari warga sekolah untuk cikgu Dayang
 Pakaian tercantik untuk Ibubapa murid
 Dari Kiri Barisan Belakang: Cikgu Zai, Cikgu Rahman, Cikgu Azimah, Kak Zuraida, Kak Fatimah, Kak Sharifah, Kak Suhana, Cikgu Rosita, Cikgu Amir, Uncle Neil, dan Cikgu Jamal
Dari kir Barisan Hadapan :    Cikgu Nazren, Cikgu Dayang, PK1 Cikgu Pilling, GB Cikgu Tada, PK Hem Cikgu Bujang dan Cikgu Zihan

Hari Sukan PIBG dan Perasmian Jambatan Sekolah

             Pada 13 dan 14 November 2011, SK Nanga Skrang telah mengadakan Sukan PIBG. Aktiviti ini turut dihadiri oleh YB Datuk Francis Harden anak Hollis bagi menyaksikan perlawanan lumba perahu. Selain itu, YB Datuk juga turut merasmikan jambatan sekolah yang diberikan peruntukan oleh beliau. Antara sukan yang diadakan adalah pertandingan sepak takraw, larian ibubapa, bola sepak, sepak bola dalam gol, pertandingan bintang kecil dan perlumbaan perahu sakai 3 dan sakai 5.
             Berikut adalah sebahagian suasanan sepanjang sukan PIBG tersebut:-
Barisan Pengadil untuk larian ibubapa
Larian Ibubapa
 Sebahagian ibubapa yang mengikuti larian
 Aktiviti sepak bola dalam gol
 pertandingan sepak takraw
 Gerai jualan juga turut dibuka
 Permainan bola sepak ibubapa
 Barisan juri Bintang Kecil
 Peserta Bintang Kecil
 Menyambut YB datang di pengkalan sekolah
 Kehadiran YB Datuk Francis ke sekolah
 Menandatangani majlis sukan PIBG dan perasmian Jambatan baru
 Merasmikan perlumbaan perahu sakai 3 dan sakai 5
 Penyampaian hadiah kepada pemenang

Dapat Astro Kampus

           Pada 27.10.2011, SK Nanga Skrang telah mendapat satu set Astro Kampus. Astro Kampus ini sepatutnya dipasang pada tahun lepas, oleh sebab tertentu ia baru pasang pada bulan Oktober ini. Dengan adanya Astro Kampus ini diharap dapat membantu murid dalam aktiviti PnP nanti terutamanya untuk meningkatkan pencapaian UPSR tahun hadapan.
             Berikut serba sedikit suasana pemasangan Astro Kampus:-

 Pemasangan piring Astro
Pemasangan Set Astro Kampus
 Set Astro Kampus siap dipasang
Guru menguji set siaran yang disediakan

Latihan Dalam Perkhedmatan (LDP) sepanjang tahun 2011

            Latihan Dalam Perkhedmatan merupakan aktiviti yang mesti dijalankan jika seseorang guru itu menghadiri kursus luar. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi maklumat dan pendedahan tentang setiap kursus yang dihadiri kepada semua guru di sekolah.
            Berikut adalah serba sedikit gambaran yang sempat diambil sepanjang LDP 2011:-







Antara aktiviti LDP sepanjang tahun 2011 yang diadakan di kelas tahun 6 dan bilik guru
;